ANGGOTA bomba melihat pokok yang tumbang menimpa dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun yang sedang mandi di Serendah River. FOTO Ihsan bomba
ANGGOTA bomba melihat pokok yang tumbang menimpa dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun yang sedang mandi di Serendah River. FOTO Ihsan bomba
Amirul Aiman Hamsuddin

Hulu Selangor: Keseronokan dua kanak-kanak mandi sungai berhampiran Serendah River di sini, bertukar tragedi apabila mereka dihempap pokok tumbang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.39 petang tadi.

Norazam berkata, sepasukan sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapat pokok itu menimpa dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun.

"Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi di sungai itu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 5:00 PM