GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Sejumlah 259,141 dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam membabitkan 114,618 penerima dos pertama dan 144,523 penerima dos lengkap.

Menerusi data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), perkembangan itu menjadikan sebanyak 42,106,397 dos sudah diberikan dan daripada jumlah itu 19,454,273 individu atau 83.1 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan dos lengkap.

Sementara 21,923,560 individu atau 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengenai pemberian dos diberikan semalam, Johor menjadi negeri tertinggi menerima dos lengkap iaitu sebanyak 28,286 dos diikuti Pahang (18,134), Sabah (13,365), Perak (13,295), Kelantan (13,286), Kuala Lumpur (12,613), Selangor (10,912), Melaka (10,664) dan Pulau Pinang (8,6080).

Selain itu Kedah dengan 7,713 dos, Terengganu (5,331), Perlis (1,167), Sarawak (556), Negeri Sembilan (553) dan Labuan (40).

Hanya Putrajaya tidak menerima sebarang dos vaksin semalam.

Bagi negeri tertinggi yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 ialah Sabah iaitu sejumlah 19,860 dos diikuti Sarawak (18,708), Selangor (10,819), Johor (9,586), Kedah (9,345), Perak (9,208) dan Kelantan (6,913).

Selain itu ialah Kuala Lumpur dengan 6,906 dos, Pulau Pinang (6,807), Melaka (5,282), Pahang (3,838), Terengganu (3,245), Negeri Sembilan (2,903), Labuan (738), Perlis (460).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 11:01 AM