SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran di Taman Sri Mewah, Simpang Renggam Kluang Johor. FOTO ihsan BOMBA
SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran di Taman Sri Mewah, Simpang Renggam Kluang Johor. FOTO ihsan BOMBA
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Seorang wanita yang terbau bau hangit terus membawa keluar empat anaknya selepas menyedari rumah mereka di Taman Sri Mewah, Simpang Renggam di sini, terbakar pagi tadi.

Kejadian jam 9.53 pagi itu turut memusnahkan kira-kira 70 peratus kediaman dua tingkat itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Pegawai Bomba Kanan I Mohd Aini Jahid berkata, 12 anggota dikerah ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kebakaran.

"Kebakaran disedari penghuni wanita ketika dia memandikan anak mereka selepas terhidu bau hangit dari arah bilik.

"Wanita itu terus membawa empat anaknya keluar dari rumah berkenaan. Ketika kejadian, suaminya tiada kerana keluar mencari sarapan," katanya dihubungi.

Operasi pemadaman tamat jam 11.35 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 5:26 PM