Pejalan kaki sedang lintas jalan maut selepas dilanggar sebuah motorsikal di Kilometer 6, Jalan Kluang - Batu Pahat, dekat sini pagi tadi. Foto Ihsan Polis
Pejalan kaki sedang lintas jalan maut selepas dilanggar sebuah motorsikal di Kilometer 6, Jalan Kluang - Batu Pahat, dekat sini pagi tadi. Foto Ihsan Polis
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Seorang pejalan kaki maut ketika melintas jalan selepas dilanggar motosikal yang ditunggangi anggota polis di Kilometer 6, Jalan Kluang - Batu Pahat, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.45 pagi, Ang Hui Yin, 46, melintas jalan dari kanan ke kiri jalan sebelum dirempuh motosikal ditunggangi lelaki berusia 53 tahun yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, ketika kejadian anggota polis terbabit dalam dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Parit Raja ke Batu Pahat.

"Akibat kemalangan itu, pejalan kaki yang dirempuh itu parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

"Penunggang motosikal turut parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 September 2021 @ 3:49 PM