Laporan HM Online berkaitan kemalangan terbabit semalam. Gambar kanan ialah suspek yang diburu polis. FOTO Ihsan PDRM
Laporan HM Online berkaitan kemalangan terbabit semalam. Gambar kanan ialah suspek yang diburu polis. FOTO Ihsan PDRM
Mohamad Fahd Rahmat


LELAKI dipercayai pengedar dadah diburu bagi membantu siasatan yang menyebabkan pasangan suami isteri terkorban dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 5, Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, suspek ialah Muhammad Daniel Silverajah Abdullah, memiliki kad pengenalan bernombor 880713-01-5391 dan dikesan beralamat terakhir di No 2, Jalan Wiramas 2, Taman Wiramas, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

"Usaha mengesan suspek sedang dipertingkat selepas dia melarikan diri sebaik tiba di hospital semalam, bagi membantu siasatan kemalangan mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Suspek dipercayai pengedar dadah dan baru sahaja dibebaskan dari tahanan reman seminggu lalu berkaitan kes dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 7.15 pagi semalam, penunggang motosikal, Wahadi Jamos, 62, dan isterinya, Rokiah Jangi, 65, maut akibat cedera parah selepas motosikal dinaiki dirempuh Perodua Viva dipandu suspek berkenaan.

Abdul Wahib berkata, saksi di tempat kejadian berkata pemandu Perodua Viva memandu dalam keadaan laju dan tidak menentu ke kiri dan ke kanan selain dipercayai dipengaruhi dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 2:15 PM