KEADAAN kereta yang dipandu mangsa. Gambar kecil, Ismail Long. FOTO Essa Abu Yamin
KEADAAN kereta yang dipandu mangsa. Gambar kecil, Ismail Long. FOTO Essa Abu Yamin
Essa Abu Yamin


AHLI Jawatankuasa UMNO Bahagian Ayer Hitam, Batu Pahat maut selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang lori di Kilometer 36 Jalan Kluang - Batu Pahat, 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa, Ismail Long, memandu Proton Perdana dari Kluang ke Batu Pahat.

"Sampai tempat kejadian, mangsa tidak sempat mengelak lori rosak yang sedang meletakkan kon.

"Akibat kemalangan berkenaan, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2018 @ 8:14 PM