Md Rahim bersama replika coranavirus  di rumahnya di Taman Pisang Mas, Gadek. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Md Rahim bersama replika coranavirus di rumahnya di Taman Pisang Mas, Gadek. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


Alor Gajah: Cuba sampaikan mesej positif dengan cara unik. Itu pendekatan digunakan pengawal keselamatan Md Rahim Maskop, 52 yang menghasilkan replika coronavirus sebelum dipamerkannya di rumah di Taman Pisang Mas, Gadek di sini.

Malah dia turut mempamerkan papan tanda cogan kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tema Malaysia Prihatin di perkarangan rumahnya sebagai simbolik sambutan Hari Malaysia dalam nornal baharu.

Semua itu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya wabak Covid-19.

Rahim berkata, dia mengambil masa dua minggu untuk menghasilkan replika virus itu bertujuan meningkatkan kefahaman umum berkaitan kesedaran dan prosedur operasi standard (SOP) wajib dipatuhi.

Menurutnya, dia mengeluarkan belanja kira-kira RM300 bagi kos membeli cat dan peralatan termasuk menggunakan barangan terbuang bagi menghasilkan replika berkenaan.

"Saya bangga apabila ramai penduduk yang datang bergambar sebagai kenang-kenangan dan simpanan peribadi.

"Selain replika itu, terdapat replika jarum suntikan serta bangunan berkembar Petronas yang dihasilkan menggunakan penyedut minuman. Saya turut mempamerkan barang-barang antik termasuk lampu lama, dulang, topi pasukan keselamatan, tempayan, jala, batu giling dan getah keping.

"Malah terdapat 30 basikal klasik berbagai saiz, beca serta 800 Jalur Gemilang di perkarangan kediaman saya yang kini mirip mini muzium," katanya yang mendapat sokongan penuh isterinya, Zurina Kepol, 53.

Rahim berkata, dia juga mempunyai lebih 15 koleksi pakaian termasuk baju Jalur Gemilang, songket, baju pendekar, baju tradisional dan baju Melayu yang digunakan semasa pelbagai program kemerdekaan, Hari Malaysia, aktiviti kayuhan basikal serta sambutan hari keluarga sejak tahun 2000.

Keterangan gambar

Pix 1-Md Rahim Maskop bersama replika coranavirus di rumahnya di Taman Pisang Mas, Gadek.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 2- Md Rahim Maskop bersama koleksi barangan lama di rumahnya di Taman Pisang Mas, Gadek.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 3- Antara pameran menarik milik Md Rahim Maskop .FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 4- Rumah Md Rahim mirip Mini Muzium.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 5- Rumah Rahim dihiasi lebih 800 Jalur Gemilang.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 7:51 PM