AHMAD Hamzah. FOTO Nazri Abu Bakar
AHMAD Hamzah. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


Melaka: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit African Swine Fever (ASF) berlaku di ladang babi komersil di Paya Mengkuang, Majid Tanah, Melaka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sehingga semalam sebanyak tujuh ladang disahkan positif penyakit ASF dengan jumlah 5,438 babi.

Katanya, DVS Negeri Melaka melakukan siasatan pada 18 Disember menerusi pemeriksaan post-mortem ke atas babi mati dan sampel organ dihantar ke Makmal Veterinar Zon Tengah, Salak Tinggi untuk pengesahan penyakit.

Menurutnya, pada 20 Disember lalu, keputusan makmal mendapati babi berkenaan disahkan positif penyakit ASF.

"Tindakan sudah dan sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak DVS bagi membendung, mengawal dan membasmi rebakan penyakit ASF termasuk notis di bawah Seksyen 18(2) Akta Binatang 1953 (Akta 647) yang dikeluarkan kepada pemilik ladang-ladang babi terbabit. Justeru pemindahan ternakan tidak dibenarkan keluar daripada kawasan itubagi membolehkan DVS menjalankan pemeriksaan dan ujian penyakit berkuatkuasa mulai 20 Disember 2021.

"Bagi ladang yang disahkan positif penyakit ASF, tindakan pemusnahan semua ternakan akan dijalankan oleh DVS. Sementara bagi ladang-ladang lain, ternakan babi yang sihat dibenarkan untuk disembelih di rumah sembelih Paya Mengkuang setelah pemeriksaan dilakukan," katanya pada majlis bantuan banjir di Lubok China pada hari ini.

Walau bagaimanapun daging babi terbabit hanya dibenarkan untuk kegunaan negeri Melaka sahaja dan tiada karkas dibenarkan keluar ke negeri lain.

Ahmad berkata, penyiasatan dan pemantauan lanjut di kawasan Paya Mengkuang sedang dijalankan bagi mengekang rebakan ASF.

Menurutnya, terdapat 35 ladang babi komersil dengan 26penternak di Paya Mengkuang dengan jumlah populasi terkini membabitkan41,913 ekor.

Dalam masa sama DVS juga menjalankan pemeriksaan dan persampelan ke atas semua 35 buah ladang di mana semua sampel yang diambil (darah atau organ) telah dihantar ke Makmal Veterinar Zon Tengah, Salak Tinggi untuk pengesahan penyakit.

Beliau berkata, penyakit ASF tidak zoonotic dan tidak berjangkit kepada manusia, ia hanya boleh menjangkiti babi yang diternak atau babi hutan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak panik, dan bagi yang mahu memasakbabi perlu pada suhu tinggi (melebihi 80oC) dalam tempoh yang lama (melebihi 20 minit) untk mematikan virus.

Kerjasama orang awam dimohon supaya melaporkan segera sebarang kematian pada babi hutan kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka.

#kw. Tujuh ladang babi disahkan positif ASF : Demam babi tak jangkitan manusia

Keterangan gambar

Melaka: 25.12.2021. Tujuh ladang babi disahkan positif ASF : Demam babi tak jangkitan manusia

Pix 1- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah .FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 2- Ahmad Hamzah (kiri) membantu misi bantuan banjir di Lubok China.FOTO NAZRI ABU BAKAR

TAMAT

From: Naz

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 1:45 PM