GAMBAR fail. FOTO Bernama
GAMBAR fail. FOTO Bernama
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Pakar kesihatan awam berpandangan jumlah kematian akibat Covid-19 biasanya akan menurun antara dua hingga empat minggu selepas jumlah kes harian menurun.

Pakar dasar kesihatan awam Dr Khor Swee Kheng berkata, angka yang lebih merisaukan adalah angka Brought-in-Dead (BID) atau kematian di luar hospital.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengambil tindakan segera bagi menangani kes Covid-19 yang meninggal sebelum tiba di hospital.

"KKM haruslah mengambil tindakan segera untuk menurunkan angka BID.

"Ini adalah untuk mengurangkan risiko rakyat Malaysia sementara menunggu kes harian menurun," katanya.

Beliau mengulas berkenaan jumlah pesakit bagi Kategori Tiga hingga Lima Covid-19 dikatakan menurun drastik susulan imuniti kelompok hampir dicapai.

Namun angka kematian harian masih kekal tinggi sejak beberapa bulan lalu termasuk 311 kes kematian semalam.

Berdasarkan data harian Covid-19 oleh KKM setiap hari mendapati pada bulan September sahaja setakat semalam, sebanyak 2,138 kematian dicatatkan.

Bagi tempoh sama antara 1 September hingga 7 September, data menunjukkan kes BID adalah 623 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 6:05 PM