FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Penularan Covid-19 di negara ini meragut 18 lagi nyawa setakat tengah malam tadi, dengan dua kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID).

Laman sesawang COVIDNOW menyatakan kes kematian semalam menyumbang kepada sejumlah 31,696 kes kematian akibat wabak berkenaan di negara ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 6,392 kematian adalah kes BID.

Data melalui laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) pula menunjukkan empat kematian akibat Covid-19 semalam dilaporkan berlaku di Johor, diikuti tiga kematian di Kedah.

Empat negeri dan Wilayah Persekutuan masing-masing mencatatkan dua kematian iaitu di Pahang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur manakala satu kematian direkodkan Kelantan, Melaka dan Perak.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,742 kes positif masih lagi aktif dengan sebanyak 32,517 menjalani kuarantin di rumah; sebanyak 3,583 kes berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala seramai 3,389 pesakit kini dirawat di hospital.

Sementara itu, sebanyak 223,463 dos vaksin diberikan semalam, dengan 218,076 suntikan adalah dos penggalak; sebanyak 1,315 dos pertama dan 1,995 dos lengkap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 10:09 AM