SUASANA di Rasa Food Arena beberapa tahun lalu. FOTO arkib NSTP
SUASANA di Rasa Food Arena beberapa tahun lalu. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Medan selera Rasa Food Arena di pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC) menamatkan operasi sejak Rabu lalu.

Dalam satu notis pihak pengurusan memaklumkan operasi medan selera itu ditamatkan selepas 22 tahun beroperasi.

"Dengan dukacita kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021.

"Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda," menurut notis itu.

Ternyata penutupan itu memberi kesan kepada pengunjung pusat beli-belah terkemuka ibu kota itu.

Malah medan selera di pusat beli-belah turut menjadi tumpuan pekerja di pelbagai syarikat dan agensi kerajaan berdekatan.

Ramai pengguna media sosial menzahirkan kesedihan terhadap pengumuman penutupan itu.

Ada netizen yang turut berkongsi kenangan menikmati pelbagai makanan di medan selera. yang terletak di tingkat empat pusat beli-belah itu.

Kini pekerja vendor penyedia makanan giat menjalankan kerja mengemas kerusi, meja serta peralatan memasak di medan selera itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 4:04 PM