Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang.
Oleh Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan terus menyambung jawatan sebagai Duta Khas kerajaan Malaysia ke Asia Tengah.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

"Mesyuarat kabinet pertama yang berlangsung pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah; Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Sri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 3:25 PM