SHAKIERA Zulkifli. FOTO ihsan KKM
SHAKIERA Zulkifli. FOTO ihsan KKM
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia selepas hampir sebulan bertarung dengan Covid-19.

Kakitangan itu, Shakiera Zulkifli dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM.

"KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Shakiera Zulkifli, salah seorang staf di Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta yang kembali ke Rahmatullah, al-Fatihah," kata KKM dalam Facebook rasminya.

Sementara itu, dalam Facebook rasmi CKAPS pula mengesahkan arwah Shakiera pulang ke Rahmatullah selepas bertarung dengan wabak Covid-19 selama hampir sebulan.

"Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang muqarrabin.

"Takziah kepada keluarga beliau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 12:18 PM