DR Wan Martina. FOTO Facebook Dr Wan Martina
DR Wan Martina. FOTO Facebook Dr Wan Martina
BERNAMA

Kota Bharu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini bersetuju memilih pengamal perubatan Dr Wan Martina Wan Yusoff sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan.

Pelantikan itu bagi menggantikan Asmak Husin yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Pencalonan Dr Wan Martina dikemukakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas Speaker Datuk Abdullah Ya'kub mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara susulan titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melalui pemakluman surat kepada Abdullah pada 20 Mei lalu.

"Baginda menitahkan bahawa DUN ini perlu membuat pemilihan melantik seorang Ahli Dewan Negara bagi mewakili Dewan Negeri ini yang dikosongkan berikutan tamat tempoh jawatan Ahli Dewan Negara (Asmak Husin), 30 Jun lalu.

"Pemilihan ini selaras dengan Peruntukan Bahagian 1 (2) Jadual Ke-7 dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Abdullah pada Sidang DUN berkenaan di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Dr Wan Martina merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD) dan juga Naib Pengerusi Konfederasi NGO Negeri Kelantan, malah turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan Wanis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 2:56 PM