MICHAEL Yuan. FOTO Arkib NSTP
MICHAEL Yuan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Yuan berkata, satu penghormatan untuk Huawei bersama Malaysia dalam perjalanan transformasi digital sejak 20 tahun lalu dan menyaksikan pertumbuhan luar biasa hasil bakat dan kepemimpinan digital yang cemerlang.

Oleh itu, katanya, Huawei sebagai peneraju teknologi global, sentiasa bersedia dan akan terus menjadi penyumbang yang berharga bagi kemajuan digital Malaysia melalui kepakaran dan sumber teknologi selain mengukuhkan kedudukan negara sebagai Hub Digital Asean.

"Kami berharap dapat menyokong negara ini dalam membangunkan dan memperkukuhkan ekonomi digitalnya dan menyaksikan perkara yang lebih besar berlaku di bawah kepimpinan dan pentadbiran Ismail Sabri.

"Kami mendoakan Perdana Menteri mendapat kesihatan yang baik dan kejayaan besar, keamanan, kestabilan, kemajuan serta kemakmuran bagi rakyat Malaysia di bawah pentadbirannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 9:50 PM