Muhamad Shaifullah Tayep

SEJAK HUAWEI mula beroperasi di negara ini pada tahun 2001, pelbagai perubahan dilaksanakan syarikat telekomunikasi gergasi China itu.

Bermula dengan menambah baik ketersambungan internet dan memupuk kumpulan bakat digital bagi mencapai kemajuan matlamat digital negara, sehinggalah membantu menghubungkan orang tersayang yang berjauhan dan memperkasakan perniagaan supaya berkembang pesat, Huawei menjadi penyedia penyelesaian digital.

Bersempena ulang tahun HUAWEI ke-20, HUAWEI menganjurkan peraduan dalam talian Huawei Malaysia Best Moments - #MyHuaweiStory.

Sebanyak 20 HUAWEI WATCH 3 Pro boleh direbut sepanjang tempoh peraduan ini, yang sedang berlangsung sehingga 12 Disember 2021.

HUAWEI WATCH 3 Pro adalah jam tangan pintar keluaran HUAWEI yang bukan sahaja mampu membuat dan menjawab panggilan, malah dilengkapi fungsi luar biasa seperti pengesanan kadar degupan jantung, fungsi jejakan untuk lebih 100 mod sukan, penstriman muzik dan mampu bertahan sehingga lima hari, tanpa perlu dicas.

Image

Mereka yang berminat hanya perlu kongsikan bagaimana Huawei mengubah hidup, kehidupan dan komuniti anda sepanjang 20 tahun dalam 80 hingga 100 patah perkataan.

Hantar cerita #MyHuaweiStory ke emel malaysia@huawei.com, ikuti @HuaweiMalaysia di Instagram dan tag tiga rakan pada hantaran peraduan @HuaweiMalaysia di Instagram.

Cerita #MyHuaweiStory yang terpilih akan memenangi jam tangan HUAWEI WATCH 3 Pro yang akan diedarkan mengikut konsep siapa cepat dia dapat.

Layari laman web HUAWEI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Huawei Malaysia Best Moments - #MyHuaweiStory.

Terma dan syarat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 8:07 PM