Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi
Mohd Roji Kawi


Kuching: Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara maya bagi mempersembahkan perakuan atau pengesahan surat sokongan (SD) terhadap Perdana Menteri Kesembilan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sesi menghadap secara maya dari Kuching itu dihadiri 17 Ahli Parlimen GPS.

Beliau berkata, mereka membabitkan 13 Ahli Parlimen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dua dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan masing-masing seorang dari Parti Demokratik Progresif (PDP) serta Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

"Seorang lagi iaitu Presiden PDP yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing pula berada di Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas dari Lubok Antu, Jugah Muyang menyertai kami mengadakan sesi itu dari Kuching hari ini menjadikan keseluruhan Ahli Parlimen yang menghadirinya seramai 18 orang" katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nanta berkata, sesi menghadap secara maya itu bermula jam 10.15 pagi dan mengambil masa 30 minit mempersembahkan pengesahan SD di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 3:27 PM