Suraya Roslan


Kuala Lumpur: "Terima kasih rakyat Malaysia."

Demikian ucapan terakhir Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika perjumpaan perpisahan bersama pegawai Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Muhyiddin akan menggalas jawatan Perdana Menteri Sementara sehingga jawatan tertinggi dalam kerajaan itu dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin menerusi video terbaru berdurasi dua minit 29 saat dimuat naik di Facebook rasminya mengakui dia seorang manusia yang sentiasa mengikut aturan peraturan dan tunduk pada perlembagaan.

"Apabila saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya berjanji akan menjunjung perlembagaan negara, institusi Raja dan sebagainya.

"Saya kira saya sudah buat apa yang saya fikir diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat jelata, menentukan mereka ada makanan di atas meja dan nyawa mereka selamat, these are very very very important (ini adalah sangat sangat sangat penting)," katanya.

Katanya, mungkin kerana itu juga Allah mengangkatnya di kedudukan sebagai Perdana Menteri bagi tujuan itu.

"Seperti anda lihat, walaupun pentadbiran kerajaan kita dalam keadaan sukar masih mampu untuk diteruskan.

"Kita meneliti bagaimana hendak membantu rakyat dan kesan Covid-19 ini cukup mendalam.

"Sebab itu saya sanggup memperkata apa yang benar walaupun pahit, do what Allah says is right (lakukan apa yang Allah katakan itu betul), don't do what Allah says is not right (jangan lakukan apa yang Allah katakan tidak betul)," katanya.

Muhyiddin berkata, hidupnya sentiasa berpegang kepada prinsip.

MUHYIDDIN melambai tangan kepada petugas media yang menunggu sebelum memasuki Istana Negara. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
MUHYIDDIN melambai tangan kepada petugas media yang menunggu sebelum memasuki Istana Negara. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.

"Fight against evil (melawan kejahatan), itu pokoknya, jadi kalau kita berpegang pada hukum sebegini, Insya-Allah hidup kita selamat.

"Jawatan ada amanah, itu berat, sebab itu saya kena buat betul. Betul bukan pasal saya rasa betul, tapi Allah kata ini betul.

"We don't do what we feel is right, but you do what it is right (Kami tidak melakukan apa yang kami rasa betul, tetapi anda melakukan apa yang betul).

"There is a difference there, you might feel it is right (terdapat perbezaan, anda mungkin merasa betul) tetapi Allah kata itu tak betul, saya berpandu kepada itu," katanya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 5:59 PM