Saipul Adli Mohamad dan Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Bacaan doa mengakhiri perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, menimbulkan suasana sayu dalam kalangan rakyat.

Sepanjang menjadi Perdana Menteri, menjadi kebiasaan kepada ahli Parlimen Pagoh itu untuk membacakan doa di setiap penghujung teks yang dibacakan.

Malah, petikan doa juga digunakan stesen televisyen tempatan di dalam siaran setiap hari, terutama doa dijauhkan daripada Covid-19.

Di dalam doanya hari ini, beliau memohon supaya negara ini dilindungi daripada virus Covid-19 serta keselamatan, dan keamanan negara dikekalkan.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

"Engkau kurniakanlah kerahmatan kepada kami,

"Engkau lindungilah keselamatan dan keamanan negara kami,

"Engkau peliharalah kesihatan dan kesejahteraan hidup kami,

"Engkau lenyapkanlah penyakit Coronavirus dari muka bumi-Mu ini, Ya Allah,

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

"Engkaulah yang mempunyai segala kepujian,

"Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran,

"Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan,

"Di tangan Engkau segala kebajikan,

"Kepada Engkaulah kembali segala urusan."

Rata-rata netizen tersentuh dengan doa berkenaan dan turut bersama mendoakan agar Malaysia dilimpahi dengan kebaikan dan kekuatan mendepani pandemik.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 5:21 PM
MOHAMAD Zakeri Abd Rahman, 47, bersama isteri Jaliah Aliaman, 43, mengaminkan doa ketika menonton siaran langsung perutusan khas Muhyiddin selepas menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri. FOTO Saifullizan Tamadi
MOHAMAD Zakeri Abd Rahman, 47, bersama isteri Jaliah Aliaman, 43, mengaminkan doa ketika menonton siaran langsung perutusan khas Muhyiddin selepas menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri. FOTO Saifullizan Tamadi