RAKAMAN yang tular di media sosial. FOTO tular
RAKAMAN yang tular di media sosial. FOTO tular
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Muthupalaniappan, di sini, dirujuk ke unit psikiatri Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mengesan video berdurasi 29 saat yang dimuatnaik dalam kumpulan WhatsApp pada 8.07 malam tadi.

"Video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

"Hasil siasatan awal mendapati individu itu mempunyai masalah kesihatan mental sejak kebelakangan ini dan dilihat sering bercakap sendirian.

"Ekoran itu, individu berkenaan dirujuk ke unit psikiatri HSJ bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shafee berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan untuk menjaga sensitiviti keluarga individu terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 1:34 PM