HASNI menunjukkan nombor ketika membuat cabutan undi untuk kerja penyelenggaraan jalan. FOTO ihsan Pejabat Menteri Besar
HASNI menunjukkan nombor ketika membuat cabutan undi untuk kerja penyelenggaraan jalan. FOTO ihsan Pejabat Menteri Besar
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Kerajaan Johor melancarkan inisiatif Skim Kerja Harian (SKH) secara 'one-time' bagi individu yang terkesan dan hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh Johor Centre for Construction Development (JCCD) selaku anak syarikat milik penuh kerajaan negeri itu bagi memberi peluang kepada rakyat Johor yang hilang pekerjaan, menjadi tenaga kerja mahir dan bukan mahir.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan berikutan wabak Covid-19, ramai yang hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja oleh majikan.

"Justeru itu, inisiatif ini bakal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang terkesan menjadi tenaga kerja mahir dan bukan mahir.

"Kerajaan Johor sentiasa komited dalam memastikan industri pembinaan di negeri ini akan terus memberi peluangserta pendedahan kepada rakyat tempatan sebagai tenagakerja yang berkemahiran dan tidak hanya menggunakan tenagaburuh dari negara jiran.

"Program ini bakal menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan impak yang positif terhadap golongan kontraktor Johor, khususnya kontraktor G1 dan G2, pembekal serta penduduk sekitar serta dapat membangunkan semula ekonomi negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Hasni menghadiri Cabutan Undi Bagi Kerja Penyelenggaraan Jalan Seluruh Johor dan pelancaran Program Kongsi Kerja, secara maya.

Sementara itu, Hasni berkata, Program Kongsi Kerja yang juga diwujudkan kerajaan negeri adalah inisiatif yang dilaksanakan JCCD bagi memberi peluang lebih baik kepada kontraktor Johor untuk turut terbabit dalam kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan di negeri ini.

Katanya, pengagihan pakej kerja kepada kontraktor Johor yang berdaftar di bawah JCCD akan dilaksanakan secara undian.

"Nilai keseluruhan program ini dianggarkan berjumlah RM44.4 juta dengan sebanyak 396 pakej akan diperuntukkan bagikerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri ini.

"Program ini juga dibahagikan kepada Empat Fasa denganfasa pertama akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru, manakala fasa seterusnya di beberapa daerah lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 12:21 PM