ABDUL Rahman melawat tapak projek Menara Ikonik 118  selepas sesi penerangan penuangan konkrit bagi pembinaan asas Projek Warisan Merdeka, semalam.
ABDUL Rahman melawat tapak projek Menara Ikonik 118 selepas sesi penerangan penuangan konkrit bagi pembinaan asas Projek Warisan Merdeka, semalam.

Kuala Lumpur: Projek Warisan Merdeka yang membabitkan tiga fasa termasuk pembinaan Menara Ikonik 118 tingkat menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan merangkumi sektor separuh mahir dan mahir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pembinaan Projek Warisan Merdeka yang menelan kos keseluruhan RM7 bilion dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Beliau berkata, selain menyediakan peluang pekerjaan, pembinaan projek berkenaan akan menjadi daya tarikan pelancongan terbaharu di ibu kota ini selain Menara Berkembar Petronas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 5:16 AM