Nor Azizah Mokhtar dan Mohd Nasaruddin Parzi

Kuala Lumpur : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri Kabinet berkumpul di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bukit Damansara pagi hari ini.

Turut kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin adalah kenderaan membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kehadiran menteri Kabinet yang lain tidak dapat disahkan memandangkan masing-masing menaiki kenderaan persendirian.

Selain itu, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga memasuki kediaman Perdana Menteri yang terletak di Jalan Setia Bakti 7, di sini.

KENDERAAN membawa Ismail Sabri dilihat meninggalkan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.
KENDERAAN membawa Ismail Sabri dilihat meninggalkan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.

Beberapa petugas media sudah mula berkumpul di pekarangan jalan masuk menuju rumah Muhyiddin, namun dinasihatkan pejabat Perdana Menteri untuk elak berkumpul beramai-ramai bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan juga, beberapa menteri Kabinet belum tidak memasuki pejabat masing-masing dan menanti sebarang perkembangan terkini.

Pertemuan di kediaman Muhyiddin pagi ini dipercayai berkait kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengah malam tadi yang memaklumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin serta merta.

Ahmad Zahid juga menggesa Muhyiddin supaya meletak jawatan secara terhormat.

Berita berkaitan:

  • Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan
  • Umno tarik balik sokongan, bukan keputusan setiap Ahli Parlimen - Pakar
  • Umno tarik balik sokongan kepada kerajaan PN [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 2:04 PM