KENDERAAN membawa Menteri memasuki kawasan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.
KENDERAAN membawa Menteri memasuki kawasan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Isma Ismail; Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Beberapa kenderaan dipercayai membawa orang kenamaan dilihat menuju ke rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak pagi tadi.

Difahamkan kenderaan membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga turut kelihatan.

Beberapa kenderaan dengan diiringi juruiring polis dilihat tiba di rumah pemimpin nombor satu negara di Bukit Damansara itu.

Ia dipercayai ada kaitan dengan pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang bermesyuarat secara maya, malam tadi.

Media berkumpul di berhampiran kediaman Tan Sri Muhyiddin sejak pagi tadi bagi mengetahui perkembangan lanjut berhubung kedudukan kerajaan.

Semalam pejabat Perdana Menteri memaklumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Berita berkaitan:

  • Umno tarik balik sokongan, bukan keputusan setiap Ahli Parlimen - Pakar
  • Umno tarik balik sokongan kepada kerajaan PN [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 1:11 PM