ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ketika operasi khas prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di beberapa buah kilang di Mak Mandin, Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ketika operasi khas prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di beberapa buah kilang di Mak Mandin, Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Seramai 680 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 659 individu dikompaun, 20 direman manakala seorang lagi dijamin.

"Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal 184 kes, rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan atau minum di premis (129); individu gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (117); tidak memakai pelitup muka (96); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (57); membawa penumpang berlebihan (47) dan premis gagal patuhi arah (8) dan lain-lain sebanyak 42 kes.

"Operasi Benteng semalam menangkap 14 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan merampas enam kenderaan darat.

"Dalam operasi itu, sebanyak 169 bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga melakukan 2,027 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 2,012 premis mematuhi SOP manakala 15 lagi dikenakan kompaun," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 9:18 PM