ORANG awam hadir ke Program Saringan Covid-19 percuma di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya. FOTO AZIAH AZMEE
ORANG awam hadir ke Program Saringan Covid-19 percuma di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya. FOTO AZIAH AZMEE
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Wilayah Persekutuan Labuan dikenakan termasuk wajib menjalani ujian RT-PCR tiga hari sebelum memasuki kawasan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu kuarantin 10 hari di rumah dikenakan bagi penduduk asal Labuan manakala penjawat awam turut dikenakan kuarantin di rumah atau hotel dalam tempoh sama.

Katanya, tempoh kuarantin 14 hari di hotel dikenakan bagi pelawat asing dari luar negara.

"Pengguna Kad Harian Transporter diwajibkan mengambil ujian PCR setiap dua minggu dan wajib menjalani ujian RTK antigen setiap minggu.

"Sign off dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satuujian RT PCR.

"Pelaksanaan sekatan tambahan ini akan berkuatkuasa 27 Mei hingga 9 Jun 2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu mengulas perkembangan berkaitan beliau berkata, seramai 694 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 685 individu dikompaun, lapan direman manakala seorang lagi turut direman.

"Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal sebanyak 179 kes, gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (166), tidak memakai pelitup muka (129), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (63), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58) dan lain-lain sebanyak 99 kes.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 7:02 PM