BIBI MacPherson ibu kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri meninggal dunia malam tadi.
BIBI MacPherson ibu kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri meninggal dunia malam tadi.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Ibu kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, meninggal dunia malam tadi.

Allahyarhamah Bibi MacPherson @ McPherson, 90, menghembuskan nafas terakhir di kediaman Nancy di sini, pada 11.54 malam.

Allahyarhamah adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan John Andrew McPherson dan Chua Eng Dok,

Bapanya adalah bekas Residen Bahagian Kapit berketurunan British Scottish ketika pemerintahan Rajah Sir Vyner Brooke, manakala ibunya berbangsa Cina Iban berasal dari Kapit.

Ketika berusia 11 tahun, Allahyarhamah diselamatkan oleh seorang wanita Melayu bernama Rokiah selepas bapanya dibunuh tentera Jepun ketika dalam perjalanan untuk menyelamatkan diri di Batang Ai, di Sri Aman.

Allahyarhamah dibesarkan wanita Melayu terbabit di Kampung Panglima Seman Lama, Kuching sebelum berkahwin dengan seorang guru berbangsa Melayu Melanau dari Santubong, Shukri Mahidi pada tahun 1948 dan dikurniakan 11 orang anak dengan Nancy adalah anak ke-10.

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah bergiat aktif dalam politik serta Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dan menyumbang bakti kepada wanita khususnya di kawasan luar bandar.

Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 8:07 AM