Datuk Bandar Pasir  Gudang Datuk Asman Shah Abd Rahman meninjau lokasi kejadian di Kampung Sungai Rinting D, Masai hari ini. (Gambar kecil) Laporan Harian Metro semalam.
Datuk Bandar Pasir Gudang Datuk Asman Shah Abd Rahman meninjau lokasi kejadian di Kampung Sungai Rinting D, Masai hari ini. (Gambar kecil) Laporan Harian Metro semalam.
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bakal membina bebendul jalan berhampiran longkang besar di Kampung Sungai Rinting D, Masai dekat sini, demi keselamatan pengguna jalan raya.

Jurucakapnya berkata, pihaknya sudah mengadakan tinjauan ke lokasi berkenaan bagi mengenal pasti tahap keselamatan laluan berkenaan susulan dua kejadian kereta terjunam ke longkang besar di situ.

Menurutnya, kawasan kemalangan terbabit adalah jalan yang lurus dan agak jauh dari selekoh serta mempunyai penghadang jalan setinggi satu meter bersebelahan longkang itu.

"Mungkin kecuaian pemandu yang menyebabkan kemalangan berkenaan.

"MBPG akan membaiki penghadang jalan yang rosak akibat kemalangan terbabit dan bina bebendul jalan bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Harian Metro melaporkan dua kereta terjunam ke dalam longkang besar di kampung berkenaan dua hari berturut-turut.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku berlaku pada Jumaat lalu, manakala kejadian kedua pada petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Jun 2021 @ 11:06 PM