JURURAWAT Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Aziela Syazlene menunjuk  vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Pusat Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV), kelmarin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
JURURAWAT Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Aziela Syazlene menunjuk vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Pusat Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV), kelmarin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Seramai 3,107,218 individu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama dan kedua sehingga semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, 2,002,345 individu sudah menerima dos pertama dan 1,104,873 individu lengkap menerima dos kedua.

Sehingga semalam, 51.2 peratus atau 12,414,513 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 3,299,145. orang.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1-800-888828," katanya menerusi Twitter.

Fasa kedua suntikan vaksin yang dilaksanakan kerajaan bermula April lalu hingga Ogos ini membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

Untuk fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari tahun depan pula membabitkan individu berusia 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Jun 2021 @ 12:54 PM