GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Seramai 3,493,193 individu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama dan kedua sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 2,364, 455 individu sudah menerima dos pertama dan 1,128,738 individu lengkap menerima dos kedua.

Sehingga semalam, 52.3 peratus atau 12,683,764 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 3,353,308 orang.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1-800-888828," katanya menerusi Twitter.

Fasa kedua suntikan vaksin yang dilaksanakan kerajaan bermula April lalu hingga Ogos ini membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

Untuk fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari tahun depan pula membabitkan individu berusia 18 tahun dan ke atas, warga negara dan bukan warga negara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Jun 2021 @ 11:04 AM