GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 563,350 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau berkata, sejumlah 905,683 individu pula menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 1,469,033 dos.

Menurut infografik itu, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 120,749 dos diikuti Sarawak (93,353), Kuala Lumpur (90,611), Johor (82,433) dan Sabah (75,911).

Beliau berkata lima negeri yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 tertinggi ialah Selangor dengan 74,962 diikuti Sarawak (60,245), Sabah (52,567), Perak (51,918) dan Kuala Lumpur (51,615).

Setakat semalam juga, hanya 40 peratus atau 9,701,690 daripada golongan sasaran mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan pendaftaran tertinggi direkodkan adalah di Putrajaya dengan 99.8 peratus atau 56,804 penduduk di wilayah itu sudah mendaftar.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual dari Mei hingga Februari 2022, bagi individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Mei 2021 @ 5:20 PM