PETUGAS kesihatan menyediakan suntikan vaksin ketika Program Vaksinasi Bergerak Covid-19 Padang Terap di Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Bukit Bethel. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
PETUGAS kesihatan menyediakan suntikan vaksin ketika Program Vaksinasi Bergerak Covid-19 Padang Terap di Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Bukit Bethel. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Seramai 3,212,873 individu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama dan kedua sehingga semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, 2,098,189 individu sudah menerima dos pertama dan 1,114,684 individu lengkap menerima dos kedua.

Sehingga semalam, 51.9 peratus atau 12,584,422 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 3,337,532 orang.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1-800-888828," katanya menerusi Twitter.

Fasa kedua suntikan vaksin yang dilaksanakan kerajaan bermula April lalu hingga Ogos ini membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

Untuk fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari tahun depan pula membabitkan individu berusia 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 11:40 AM