GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kota Kinabalu: Keadaan banjir di Sabah semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan penurunan kepada 697 orang daripada 179 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 710 orang daripada 187 keluarga petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan di Tenom hanya tiga PPS masih beroperasi yang menempatkan 95 orang daripada 24 keluarga, manakala 602 orang daripada 155 keluarga berlindung di empat PPS di Beaufort.

"Beberapa kawasan 'hotspot' banjir di dua daerah itu semakin pulih. Banjir akibat hujan lebat berterusan itu sudah menjejaskan 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort," demikian menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 9:42 AM