BEBERAPA lokasi sekitar daerah Beaufort masih teruk ditenggelami banjir setakat pagi ini.  FOTO Yun Mikail
BEBERAPA lokasi sekitar daerah Beaufort masih teruk ditenggelami banjir setakat pagi ini. FOTO Yun Mikail
Yun Mikail


Beaufort: Jumlah mangsa banjir Sabah terus meningkat kepada 5,037 orang membabitkan 1,256 keluarga setakat 4 petang hari ini.

Semua mangsa ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Tenom dan Beaufort.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, jumlah itu meningkat 205 orang, berbanding 4,832 mangsa daripada 1,326 ketua isi rumah (KIR) pada 8 pagi.

"Tenom terus menjadi daerah paling ramai mangsa banjir dipindahkan ke 36 PPS ketika ini, yang membabitkan 4,427 mangsa daripada 1,256 keluarga.

"Daerah Beaufort pula mencatatkan 610 mangsa (156 keluarga) yang dipindahkan ke empat PPS," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 5:30 PM