GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sebanyak 21 kluster baharu Covid-19, hari ini yang dikesan di sembilan negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kluster berkenaan membabitkan tempat kerja dan komuniti.

Katanya, satu kluster yang dikesan membabitkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Residensi yang merekodkan 29 kes positif Covid-19.

"Sebanyak tiga kluster tempat kerja dikenal pasti di Kedah iaitu Kluster Dah Batik Industri Sungai Petani yang melaporkan 35 kes positif; Dah Mawar Biru (12) dan Dah Lima Industri Sungai Petani (34).

"Begitu juga tiga kluster di Pulau Pinang iaitu Industri MIEL Bayan Lepas (15); Lorong Perusahaan Maju Lapan (9) dan Jalan Perusahaan Maju Sembilan (13). Dua kluster di Selangor membabitkan Industri Balakong Empat (23) dan Industri Perusahaan Selesa Jaya (13).

"Manakala masing-masing satu kluster iaitu Jalan Sin Chew Kee di Kuala Lumpur (9); Kampung Telok Kemang di Johor (31) serta Jalan Industri Enam Jelapang di Perak (8)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster komuniti pula dikenal pasti di Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah, Kedah dan Johor.

"Kluster terbabit adalah Kampung Tengah Tanah Merah yang merekodkan lapan kes; Kampung Redang Gunong (9); Kampung Bagus (8); Kampung Hutan Banggol (15).

"Taman SP Mahang (8); Seri Semarak (72) Nahaba 2 (27); Dah Tanjung Setol (31) dan Jalan Lagenda (18)," katanya.

Katanya, kesemua kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster di negara meningkat kepada 2,865 kluster dengan 887 kluster aktif.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 8:15 PM