MESEJ palsu berkaitan dengan dakwaan itu yang tular di media sosial.
MESEJ palsu berkaitan dengan dakwaan itu yang tular di media sosial.
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan pihaknya memberhentikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit bukan Covid-19 di Hospital Kulim seperti yang ditular menerusi media sosial baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Fitri Ujang berkata, berikutan peningkatan kes Covid-19 di Kedah, Hospital Kulim telah ditetapkan sebagai Hospital Transit Covid-19 sementara menunggu kesediaan katil di Hospital Rawatan Covid-19 bagi negeri ini.

"Pihak pengurusan Hospital Kulim menetapkan sebuah wad khusus bagi kegunaan wad transit Covid-19 tanpa menjejaskan penjagaan perubatan kepada pesakit bukan Covid-19 terutamanya bagi perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Pihak JKN berharap penularan berita tidak sahih seperti ini dapat dihentikan supaya tidak mencetuskan sebarang kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 9:37 AM