Gambar fail NSTP.
Gambar fail NSTP.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Disebabkan gagal mengarahkan penghuni dan pengunjung membuat imbasan MySejahtera atau mendaftar dalam buku pendaftaran, Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah premis di ibu kota dikompaun RM10,000 pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun dikenakan selepas JMB itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan (No 4) (Pindaan) (No 16) 2021.

"Justeru, kami menasihatkan semua pemilik premis supaya terus mematuhi SOP ditetapkan dalam memerangi wabak Covid-19.

"Adalah menjadi tanggungjawab pemilik premis memastikan semua penghuni dan pengunjung mematuhi SOP ditetapkan ketika berada di dalam premis dan tindakan tegas akan diambil jika melanggar SOP," katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 1:04 AM