Foto hiasan
Foto hiasan
Mohd Roji Kawi

Kuching: Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9 di Sibu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa berusia 24 tahun dan berasal dari Pahang.

Menurutnya, mangsa baharu sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas konstabel.

"Kejadian itu berlaku pada petang tadi dan siasatan terperinci sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ketika kejadian pada 7 malam itu terdapat dua anggota polis lain turut berada di rumah sewa itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 11:06 PM