Faktor lain yang boleh menyumbang kepada gigi sensitif adalah penyakit refluks gastroesophageal (GERD). - FOTO Hiasan
Faktor lain yang boleh menyumbang kepada gigi sensitif adalah penyakit refluks gastroesophageal (GERD). - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

RASA ngilu atau sakit secara tiba-tiba apabila makan atau minum sesuatu yang panas dan sejuk adalah tanda gejala gigi sensitif. 

Gigi sensitif  adalah antara masalah yang sering dialami apabila lapisan luar gigi, yang dikenali sebagai enamel, menjadi haus atau rosak menyebabkan saraf di dalam gigi lebih sensitif terhadap rangsangan dari luar.

Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang mengalami ketidakselesaan ketika makan atau minum sehingga boleh mengganggu aktiviti kehidupan harian. 

Terdapat banyak faktor yang boleh mengakibatkan seseorang mengalami masalah ini walaupun individu terbabit menitik beratkan penjagaan kesihatan oral dan gigi. 

Faktor masalah gigi sensitif 

Antara keadaan yang boleh menyebabkan enamel gigi haus disebabkan oleh memberus terlalu kuat, penggunaan berus gigi yang keras, masalah bruxism atau gigi bergesel ketika tidur, makan atau minum makanan berasid secara kerap.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang dilahirkan dengan gigi yang lebih sensitif daripada orang lain kerana keadaan lapisan luar pelindung gigi yang nipis. 

Faktor lain yang boleh menyumbang kepada gigi sensitif adalah penyakit refluks gastroesophageal (GERD). 

Pesakit GERD, gastroparesis dan bulimia kebiasaanya muntah dengan kerap dan menyebabkan kerosakan pada enamel gigi.

Keadaan ini disebabkan asid refluks dari perut dan esofagus yang boleh merosakkan gigi dari masa ke masa. 

Selain itu, faktor lain masalah gigi sensitif adalah gigi reput dan gigi sumbing yang menyebabkan dentin terdedah dan menyebabkan kesakitan. 

Dentin adalah lapisan kedua di bawah enamel yang berwarna sedikit kekuningan yang mempunyai berjuta-juta tiub kecil yang menghala secara terus kepada pulpa gigi.

Rawatan gigi seperti tampalan, crowning atau pemutihan gigi biasanya akan menyebabkan individu mengalami masalah gigi sensitif seketika dan akan hilang selepas beberapa hari. 

Apabila lapisan dentin ini mula terdedah, individu akan berasa sengal atau sakit dan mengalami masalah gigi sensitif. 

Rutin penjagaan gigi tepat

Rutin penjagaan gigi yang betul amat penting bagi mengelak dan mengurangkan masalah gigi sensitif. 

Memberus gigi secara berlebihan akan menyebabkan enamel pada gigi merosot dan akan mengakibatkan inflamasi kronik kepada gusi dan tisu yang menyokong gigi. 

Inflamasi pada gusi yang menyokong gigi akan menyebabkan tidak keselesaan dan gusi menjadi bengkak dan merah, serta berdarah semasa memberus gigi. 

Untuk mengelak masalah gigi sensitif menjadi lebih serius, individu boleh mengamalkan penjagaan gigi yang betul iaitu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit dalam satu sesi.  

Antara waktu terbaik yang disarankan untuk memberus gigi adalah 30 - 60 minit selepas makan.

Selain itu,  elakkan menggosok dengan tekanan yang kuat dan gunakan berus gigi yang lembut bagi mengelakkan kecederaan gusi dan merosakkan enamel pada gigi. 

Gunakan produk penjagaan gigi yang mengandungi fluorida kerana bahan ini boleh membantu menguatkan enamel gigi dan mengurangkan risiko gigi reput. 

Sekiranya mempunyai masalah yang serius, dapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor gigi profesional secara berkala. 

Tonton program Helo Doktor Gigi Musim Kedua! 

Untuk lebih maklumat berkaitan gigi sensitif, individu boleh meluangkan masa menonton program Helo Doktor Gigi Musim Kedua yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi. 

Menampilkan barisan doktor bertauliah dalam bidang pergigian, program ini akan mengupas lebih lanjut mengenai masalah gigi sensitif dengan menggunakan ubat gigi sensitiviti terkemuka Malaysia, Sensodyne.

Waktu siaran Helo Doktor Gigi Musim Kedua adalah seperti berikut:

Saluran: TV3 

Tarikh: 4 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (setiap Isnin)

Waktu siaran: 10.50 malam -11.00 malam

Saluran: TV9 (Ulang Tayang)

Tarikh: 6 Disember 2023 hingga 3 Januari 2024 (setiap Isnin)

Waktu siaran: 10.30 malam -10.40 malam

Jangan lupa untuk dapatkan sampel ubat gigi percuma dan baucar Shopee RM5 dengan mendaftar di sini

Untuk maklumat lanjut layari Sensodyne, dan Helo Doktor Gigi!  

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 2:29 PM