Forum Nuzul Al-Quran di surau Presint 8, Putrajaya. FOTO SAMADI AHMAD
Forum Nuzul Al-Quran di surau Presint 8, Putrajaya. FOTO SAMADI AHMAD
Samadi Ahmad


Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperuntukkan RM9.23 juta kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bagi mengimarahkan Nuzul al-Quran serta 10 hari terakhir Ramadan.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, daripada jumlah itu RM12,000 diberikan bagi setiap 89 masjid di kawasannya.

Katanya, 123 surau Jumaat masing-masing menerima RM12,500, manakala 578 surau pula masing-masing menerima RM11,000.

"Putrajaya menerima peruntukan berjumlah RM1.3 juta membabitkan Masjid Mahmoodiah Presint 18, sebanyak 20 surau Jumaat dan 92 surau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kembara Al Amin Nuzul Al Quran bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, di sini, hari ini.

Program bermula 4.30 pagi dengan penyerahan juadah sahur dan makanan daripada inisiatif JAWI 'food bank' kepada petugas barisan hadapan di Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara (IKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan petugas di sekatan jalanraya, disampaikan Zulkifli, diikuti qiamulail, bersahur serta solat Subuh berjamaah dan forum Nuzul Al-Quran bertajuk 'Warkah Dari Langit.'

Mohd Adib berkata, program Nuzul al-Quran dan mengimarahkan 10 hari terakhir Ramadan itu diadakan di seluruhWilayah Persekutuan.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 bukan menjadi penghalang untuk pihaknya mengadakan pengisian bermanfaat pada bulan mulia ini.

Katanya, aktiviti itu turut mendapatkerjasama Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (JAKIM) serta rakan strategikbagi menghulurkan bantuan makanankepada golongan memerlukan.

"Sumbangan tidak terhad kepada umat Islam sahaja, malah ia turut diagihkan kepada komuniti bukan Islam yang tinggal berhampiran masjid dan surau.

"Kami menggalakkan pihak luar untuk memberikan sumbangan dan menjadirakan strategik bagi memastikan tiadakomuniti yang terabai serta mendapat bantuan ketika berhadapan situasipandemik Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 12:31 PM