Siti Rohana IdrisEmel


Kota Bharu: Tiga lelaki dikhuatiri lemas di laut selepas bot dinaiki terbalik dipukul ombak di perairan Kuala Besar Badang, di sini, malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mat Harun Mohd Nor, 54; Mat Bin Awang @ Jali, 55; dan Zulshahmi Danial Zulazman, 26, dikatakan keluar ke laut untuk memancing dan mencandat sotong, 5 petang semalam di jeti Kampung Keseng, Kuala Besar.

Menurut saksi kejadian, Nik Amran Nik Hussin, 42, pada 8.30 malam, berlaku ribut di laut menyebabkan bot yang dinaiki semua mangsa terbalik.

TERKINI:

ANGGOTA polis dan bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dipukul ombak. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ANGGOTA polis dan bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dipukul ombak. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 12:06 PM