Bot pukat hanyut yang dikenadalikan oleh empat nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis kerana kerana didapati melanggar kawasan aktiviti perikanan serta menggunakan peralatan menangkap ikan yang dilarang untuk menangguk siput jenis retak seribu di sekitar perairan Kuala Perlis. FOTO  IHSAN APMM KUALA PERLIS

Aizat Sharif

Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat nelayan selepas didapati melanggar kawasan aktiviti perikanan serta menggunakan peralatan dilarang, semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, dalam kejadian 2 pagi, bot pukat hanyut itu dikesan sedang menangguk siput retak seribu pada kedudukan lebih kurang 13 batu nautika daripada barat muara Kuala Perlis, di sini.

"Bot ronda yang melakukan rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Perlis mengesan bot itu dalam keadaan mencurigakan kerana menjalankan aktiviti di tengah malam.

"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar haluan bot menuju ke sempadan Kedah bagi melarikan diri, namun berjaya dipintas sebelum ditahan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati bot pukat hanyut itu dikendalikan empat kru termasuk tekong berusia antara 18 hingga 47 tahun.

"Kita turut merampas peralatan menangkap ikan set sangkar besi berupa tangguk dianggarkan bernilai RM2,000.

"Suspek bersama hasil tangkapan termasuk bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan mengikut Seksyen 11 (3)(a) Akta Perikanan 1985," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 4:38 PM