Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak gadisnya, Disember lalu.

Tertuduh berusia 43 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa ketika kejadian berusia 13 tahun di sebuah rumah di Marang antara 8 pagi hingga 6.30 petang pada Disember tahun lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK 2017) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di alamat, masa dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) AKKSTKK 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebbarang ikat jamin, dan menetapkan 4 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 5:50 PM