MOHAMAD Hanafi mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
MOHAMAD Hanafi mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
Zatul Iffah Zolkiply


PEKERJA pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan.

Tertuduh Mohamad Hanafi A Wahab, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh punggung mangsa berusia 17 tahun di kedai di Manir, Kuala Terengganu pada 5 petang, 12 Julai 2019.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Lishantini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Sebelum ini, ibu mangsa membuat laporan polis selepas anaknya menceritakan suspek memegang punggungnya ketika di pasar raya itu, malah remaja itu kemurungan dan enggan ke sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 2:41 PM