FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter dilapor menggegarkan Jawa, Indonesia pada 3.00 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 80 kilometer selatan dari Blitar, Indonesia di kedalaman 91 kilometer.

Bagaimanapun, penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 5:25 PM