TAN Sri Muhyiddin Yassin menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien (kiri) dan ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon di Putrajaya. FOTO ihsan FB MUHYIDDIN YASSIN

Rafidah Mat Ruzki

Putrajaya: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin yang memuat naik hantaran berserta tiga gambar dalam laman sosial Facebook, berkata SD itu adalah daripada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

Katanya, dokumen itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

"Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara," katanya.

Terdahulu, media melaporkan peletakan jawatan Sng sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak melalui satu pengumuman yang dibuat melalui sidang video semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2021 @ 3:29 PM