ZULKIFLI (kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada wakil jawatankuasa kariah masjid. FOTO Hamzah Osman
ZULKIFLI (kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada wakil jawatankuasa kariah masjid. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman

Langkawi: Nasib 500 asnaf di daerah ini yang terjejas akibat pendemik Covid-19 mendapat perhatian Jakel Langkawi menerusi sumbangan beras.

Majlis sumbangan zakat dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADL) juga antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Sumbangan disampaikan Pengurus Jakel cawangan Langkawi, Zulkifli Ahmad kepada wakil jawatankuasa kariah masjid di PADL, hari ini.

Ketika ditemui, Zulkifli berkata, pihaknya menyediakan 1,000 kampit beras dan setiap asnaf masing-masing menerima dua kampit beras.

"Pemilihan asnaf yang diyakini terjejas teruk akibat pendemik Covid-19 dibuat oleh jawatankuasa kariah masjid tempat mereka tinggal.

"Seluruh Langkawi terdapat 29 buah masjid dan setiap masjid diminta memilih 15 asnaf sebagai penerima sumbangan zakat beras," katanya.

Beliau berkata, Jakel Langkawi pernah menganjurkan program CSR tetapi ini julung kali diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Turut hadir, Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 10:53 AM