Mangsa diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas jari tangan kanannya tersepit pada mesin pengisar daging. FOTO ihsan JBPM
Mangsa diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas jari tangan kanannya tersepit pada mesin pengisar daging. FOTO ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Empat jari tangan kanan seorang pekerja kilang di Hilir Paya Terubong, Taman Relau Jaya di sini, hancur selepas tersepit pada mesin pengisar daging, hari ini.

Lelaki berusia 20 tahun itu kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang membantu mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Noor Zahidi Ahad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.33 petang.

Katanya, kerja menyelamat mangsa membabitkan sembilan anggota dari balai berkenaan.

"Anggota bomba mengambil masa selama 10 minit bagi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

"Keempat-empat jarinya hancur dan hanya jari kelingking sahaja yang dapat diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 7:01 PM