MAYAT mangsa. FOTO Zuhainy Zulkiffli
MAYAT mangsa. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Seorang wanita berusia 50-an ditemui rentung dalam kebakaran dua rumah dua tingkat di Jalan Pokok Saga, Taman Lintang Ayer Itam, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.10 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai tidak dapat menyelamatkan diri daripada pintu jeriji dan terperangkap di dalam rumah berkenaan.

"Mayat mangsa yang dikenali sebagai Choo Hooi Hong itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut," katanya kepada NSTP, hari ini.

Kebakaran turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal hangus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 9:42 AM