GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Amin Jalil


Seremban: Polis menahan tujuh individu termasuk wanita yang juga isteri kepada lelaki yang meninggal dunia, malam tadi dipercayai akibat disimbah asid.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, semua suspek berusia 15 hingga 41 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan dan direman sehingga 2 Februari ini.

Katanya, mangsa, 43, dipercayai disimbah asid dalam kejadian pada 3.31 pagi di Taman Pulai Impian, Sikamat, di sini pada 23 Januari lalu.

"Mangsa melecur 30 peratus dan kira-kira 11 malam tadi, dan dia disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 3:25 PM